Friday, August 13, 2010
Thursday, April 1, 2010
Aku hanyalah aku...

Aku…
Aku…
Entah kenapa…
Terasa begitu sendirian…
Hidup di dunia ini…
Terasa amat..
Kesepiannya.
Aku..
Amat perit menanggung kesakitan…
Menyimpan dendam…
Kebencian…
Kesedihan…
Aku..
Sakit…
Sakit yang sukar untuk ku ubati…
Saket hati..
Aku…
Siapa lah aku…
Untuk mengubah takdir ini..
Aku tak mampu…
Ini dugaan tuhan..
Aku…
Hanya hamba…
Harus redha mengharunginya…
Kerana keperitan hidup ini…
Hanya sementara…
Dan kemanisannya balasannya…
Tiada terhingga enaknya…
Aku akan mengharunginya dan terus mengharunginya sehingga jasad ini tiada lagi nyawa…
Sunday, March 14, 2010
Hidupku......
Hrmmm… lama sudah tidak ku update blogku ini… malas… Hari ni tergerak pulak menulis… bukan apa… Semenjak dua menjak aku bingung dengan dirinku sendiri. Aku malu, kecewa, geram dan macam-macam aku rasa… yang pasti aku rasa sangat bodoh… tersangat-sangat bodoh.
Semua perasaan ni menekan-nekan jiwaku… memikirkannya membuatkan aku sangat letih, fed up, dan tiada mood nak bekerja… bukan setakat bekerja malah nak hidup pun macam tidak bersemangat langsung. Aku tahu ini semua ujian tuhan sebab tu aku terus bertahan… dan bertahan dan akan terus bertahan. Tetapi tiap kali kutewas… tiap kali tu lah aku down, hilang semangat, dan sangat geram….
Aku ingat aku dah cukup kuat untuk hadapi dugaan dan ujian tuhan namun… aku hanya seorang manusia yang lemah… tersangat lemah.
Tetapi aku yakin pada tuhan setiap yang berlaku ada hikmahnya… sesak dadaku memikirkan… apa.. adakah lagi retetan dari kejadian ini… aku pasrah.
Seseungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya, melebihi kekuatan hambaNya itu.
Setiap ujian yang diberikan membuktikn bahawa Allah sayang pada hambanya yang diuji.
Ya Allah… tolong lah aku… Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku tidak mampu lagi bercerita, cuma mampu menanggung dan membendung sahaja kini. Kerana ku tahu, semuanya bermula dari aku dan aku lah yang perlu mengakhirinya….
Monday, January 18, 2010
Cabaranku sebagai pensyarah.....
Apa pun Happy "belated" New Years... sebagai pembuka bicara untuk bab atau chapter (kata orang "Putey") baru bagi tahun 2010. Dah 19 hari bulan Jan baru nak wish.... simpan je laaaaaaa kan...
Ai masuk tahun baru ni... macam bersemangat la pulak rasanya... harap2 semangat tu terus la bersemangat sampai hujung tahun...
Lama tak berkisah nih.... rasanya teringin la pulak mengisahkan satu cerita... sebenarnya banyak cerita... nanti la saya kait-kaitkan dengan kisah ni... hidupkan memang begitu saling berkait-kaitan...
Benda ni mungkin dah biasa bagi saya... tapi bagi bagi orang lain saya tak tahu lah. Harap jangan cepat melatah terutamanya kepada mereka-mereka yang mendalami bidang Antropologi dan Sosiologi. Harap dapatlah diaplikasikan apa yang anda belajar itu dalam kisah saya yang... yang.. yang... agak komplikated ini....
Ceritanya bermula begini... dulu masa nak balik ke kampung halaman yang telah lama aku sangat-sangat cintai nun jauh di Kelantan... dalam bas Mutiara Express dah ni... betol2 baru naik jambatan Pulau Pinang... Dok tengah seronok berSMS dengan dengan kawan, tetiba dapat panggilan dari numbor yang tidak dikenali... bile jawab... line tak berapa ok pulak... dok atas jambatan... cakap pon dengar tak dengar... ahh dah la biarkan, detik hatiku... kalau dia nak cakap dia call la lagi....
Tetiba dapat mesej pulak dari nombor yang sama... ajak nak berkenalan... Ui ada peminat! Aku sebenarnya malas nak layan kalau orang yang tidak dikenali nih... xpe layan je laaaaaa... Ropa-ropanya dia seorang mamat bukan seorang minah. Huh! Tapi apa yang dia nak?
Apa lagi nak ajak bertut..tut..tut..tut... la. Aaaaaaaaah! Takpe... Naluri ku terus diasak dengan pelbagai persoalan... mana dia dapat nombor aku? Macam mana dia kenal aku?... Cara dia bercerita macam dia dah jumpa aku.... Tapi akay tak kenal dia....
Huh! Semuanya terjawab... Ropa-ropanya student aku yang punye hal... Namun samapai sekarang aku tak tahu siapa yang punye angkara... Ada ke patut, dia rekod time aku mengajar kat depan nuh. Ada kemudahan disalah gunakan pulak... haiiii! Itu ok lagi... siap buat tayangan la pulak dekat kawan dia tu... Dah tu siap pass no. phone aku la pulak kat mamat tu... Adoiiiiiih... Kita bagi depa no. phone kot kot ada masalah... ye la sem tu budak2 ni amik paper Photojournalism ngan aku... So banyak kerja luar... Bagi no. phone agar senang nak contact... ni di bagi pulak kat orang lain yang tiada kaitan....
Nasib baik laaaaaaaa... kes ini tak berpanjangan.... lama lepas itu... mamat tu dah tak hubungi aku lagi... da bosan melayan kot... ye la sebab taka dapat tut..tut..tut...
Then nak dijadikan kaitan pulak dengan ceritan ini, student aku sem lepas dengan beraninya mengorat aku... nak jadikan aku teman istemewanya.... Chinese... kalu pompuan senang cerita... Ini lelaki... maka payah la cerita nampaknya... Aaaah! Aku dah explain elok2 kat dia... tak boleh... susah dia nak terima... Aku bukan apa... sebagai manusia aku paham... bile cinta ditolak... Aduss aketnya jiwaa....
Namun sebagai manusia yang mempunyai lebih siket ilmu darinya... aku berusaha untuk tidak membuat dia kecewa... sebab aku takut pelajaran dia akan terganggu... dan mula terjerumus kedalam perkara-perkara yang lebih tidak sihat... sebab lepas ni sah sah dia segan nak jumpa aku kalau ku buat begitu.
Aku tak suka malukan orang sebab aku juga tak suka dimalukan. Aku juga akan berusaha untuk tidak mengecewakan orang sebab aku juga sukar untuk menerima hakikat bahawa aku dikecewakan.
Aku cuba mengaplikasikan pendekatan dalam Ansos, cuba memahaminya dan cuba membantunya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik... lagi pon aku di sini dah tak lama... bulan Ogos atau September nanti aku akan resign... so sebelum aku resign harap-harap dapat la aku membantu student ku ini...
Sampai saat ini aku masih dalam proses berdiplomasi dengan dia... akan ku cuba membuatnya mengerti bahawa: tolong la berubah, apa yang dia rasa adalah palsu belaka. Dia boleh mencintai sesiapa tapi cinta diringin dengan nafsu kepada besamaan jenis adalah salah.
Akan kucuba membuatnya paham keadaan ini... Namun kalau tak berjaya jugak... terpaksa lah ku tinggalkan dia.
Aku bukan apa... aku kesian pada mereka yang sebegini. Memang tidak ada sesiapa pun yang meminta untuk berperasaan sebegitu. Pasti amat sukar hidup mereka. Namun inilah ujian tuhan.
Wahai masyarakat Malaysia yang penyayang bantulah mereka, janganlah sekadar mencaci dan menghina sahaja kerana kita tidak tahu mungkin suatu masa akan terkena pada keturunan kita.
Wahai kawan-kawan... doakan semoga saya berjaya ya!
To be continued...
Monday, October 19, 2009
Cerita satu mlm....
Thursday, September 24, 2009
Aku kemalangan.....24/9/09 dlm 6.00 ptg depan Masjid USM
Dah siap panaskan nasi dan goreng keropok, aku gerak masuk dalam kampus. Hari ini memang hari yang tak berapa elok aku rasa.. bukan hari yang tak elok... tapi aku ni yang tak berapa nak elok. Kepala otak berserabut, tak boleh nak konsentret pada apa yang aku buat. Aku tahu kenapa tapi tak payah la aku cerita disini sebab kurang enak dibaca.
Aku dengan releksnya menunggang PJC 5180 aku itu memasuki pintu hadapan kampus USM dan tanpa memberikan sepenuhnya perhatian pada pemanduan, aku stright je mara ke depan. Tanpa aku sedari, sebenarnya ada sebuah kereta sedang merancang untuk membelok ke kiri menghala ke parking depan masjid Al-Khalid. Pastinya ia akan merentangi jalanku. Waja yang aku lupa nombor platnya, memberi signal unutk masuk ke kiri. Aku pulak dengan releks, entah apa yang sedang aku fikirkan aku pun tak tahu, tidak perasan langsung akan ning nong ning nong... signal yang diberi. So apa lagi... dah tinggal sekaki lagi nak kuhentam kereta itu, baru aku perasan, ada sesuatu yang sedang merentangi perjalananku.
Terus khayalanku, kucampak jauh-jauh. Dan aku, dengan penuh aksi cuba mengawal handle motorku. Namun akhirnya aku tercampak jua bersama-sama khayalan itu. Aaaaaah... syukur masing-masing hanya memandu dengan kelajuan minimum, 20 kilometer sejam. Aku agak lah sebab aku okey je... kereta tu pun takde apa-apa pun. Cuma si pemandu tu lah.... rasanya dah turun sampai ke kaki dah darahnya. Ala awek yang bawak. Aku pun turun jugak. Tapi setakat pinggan je lah ..... hahahaha.
Nasib baik student-student sedang bercuti, kalau tidak.... kecoh satu kampus aku accident...aaaaaaaaaaa tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak.... bila fikir-fikir balik, aku gelak sorang-sorang. Apa tidaknya, brek kaki motor aku dah bengko.... hahahahaha. hrmmm hujung-hujung bukan camni laaaaaaaaaaaaaaaa dia nak duitnya.... Namun Kuredhooooooooo dengan apa yangberlaku. Pasti ada hikmah di sebaliknya. So Kawan-kawan, berhati-hati di jalan raya.
Tuesday, September 15, 2009
Rabu... di Bulan Puasa... beberapa hari sebelum raya
Nak dijadikan cerita... semua orang tak ada dalam opes.... tetiba masuk seorang student aku yang aku panggil 'Rain'. Nak hilangkan mengantuk, aku start beborak dengan dia. Aaaaaaaaah lega siket. lagi pun tak elok la.. student tengok lecturer dia yang malas ini tido dalam opes. Nanti hilang pulak rasa respek.. tak gitu.
Start punye cerita... oooooooo baru aku tau sedikit latar belakang budak2 yang a bit problematic dalam kelas aku dulu. Kesian pon ada... depa budak2 ... bukan nak kata tak tahu hapa.. tapi banyak yang dibuat adalah based on nafsu semata2... merokok still canbe considered la but dah minum2... Rain ada masalah buah pinggan... dia sepatutnya sedar minum2 boleh memburukkan lagi buah pinggannya. Aaaaaaah... aku ni kesian kat student2 aku. tambah pulak aku tengok kolej ni macam nak kaut duit sahaja. yang x lulus SPM pun dia kasi masuk. pastu mula lah kalut nak kena ambik BM julai.... aaaaaaa.
Harry, soon siang, zack, peng siong .... most of them face same problem. Aku risau bila depa kluar nanti je. Diploma skrang ni orang dah tak pandang..... beribu-ribu habis buat belajar... belajar? tak de la sangat... main2 ada lah aku tengok.... But aku respect la diorang sebab tengok muka... macam gengster tapi tetap ada keinginan untuk belajar dan masih ada rasa respect dekat lecturer macam aku nih...
Aku,.... kat sini bukan disukai sangat pun oleh student2 ni...tp tak tau lah... aku kata begitu sebab boleh dikata semua mereka kata aku ni straight in marking dan susah nak bagi markah. Aaaaa tak kisah la yang penting aku cuba betulkan depa.
Hari ini Rain banyak bercerita pasal dia kat aku, dia tak segan kata bapanya seorang Hawker. dah 20 tahun katanya. ada kedai Bak Kut Teh kat Butterworth. Bapak ngan Mak ayah dia dah divorced.... aaaaaa. Luckyly dia tak jadi jahat. Bukan apa, budak2 sekarang ni senang punah... tambah pulak bila kluarga dah berpecah. depa ni pulak Cina.... lagi la macam2 boleh jadi... hrmmm.
Ooo dia anak bongsu dari 3 beradik... patut la tak nampak jahat sangat dan ikut kata... kadang2 tu ada lah dengar kata..ala budak2... student2 lain pun macam tu gak... kawan dia lagi la aku kesian, Peng Sion tu... dah la mak ayah dah divorced then a bit susah gak la kot. Sebab apa yang Rain bagi tahu kau dalam geng depa tu, hanya Zack dengan Soon Siang yang kaya raya tapi Soon Siang la yang paling kaya.
Aaaa... dok korek cerita budak2 ni skali skala best jugak. Boleh jugak tahu background depa. Aku harap semua student aku jadi 'Orang' la pasni even aku tahu kat sini anak2 gengster pun ada. Even aku tak akan lama disini, tapi disini banyak mengajar aku erti kesabaran... Nak jadi Lecturer kena banyak sabar. Tambah pulak dekat kolej swasta nih...hurmmm macam2 jenis budak nak kena handle.....
My Student.... I love you all... Semoga anda berjaya....
