Tak tahu macam mana nak mula..... petang ini macam biasa, aku pulang dari kerja. Then tiba-tiba rasa nak pergi online la pulak. Selalunya aku keluar online malam-malam. Entah lah kenapa petang ni, nak sangat pergi online dalam kampus USM nun. Mungkin sebab kat tempat kerja tadi aku tak dapat online kat opes sebab... entah lah kenapa... malas aku nak fikir sebab bukan selalu pun. Kadang-kadang je macam tu.
Dah siap panaskan nasi dan goreng keropok, aku gerak masuk dalam kampus. Hari ini memang hari yang tak berapa elok aku rasa.. bukan hari yang tak elok... tapi aku ni yang tak berapa nak elok. Kepala otak berserabut, tak boleh nak konsentret pada apa yang aku buat. Aku tahu kenapa tapi tak payah la aku cerita disini sebab kurang enak dibaca.
Aku dengan releksnya menunggang PJC 5180 aku itu memasuki pintu hadapan kampus USM dan tanpa memberikan sepenuhnya perhatian pada pemanduan, aku stright je mara ke depan. Tanpa aku sedari, sebenarnya ada sebuah kereta sedang merancang untuk membelok ke kiri menghala ke parking depan masjid Al-Khalid. Pastinya ia akan merentangi jalanku. Waja yang aku lupa nombor platnya, memberi signal unutk masuk ke kiri. Aku pulak dengan releks, entah apa yang sedang aku fikirkan aku pun tak tahu, tidak perasan langsung akan ning nong ning nong... signal yang diberi. So apa lagi... dah tinggal sekaki lagi nak kuhentam kereta itu, baru aku perasan, ada sesuatu yang sedang merentangi perjalananku.
Terus khayalanku, kucampak jauh-jauh. Dan aku, dengan penuh aksi cuba mengawal handle motorku. Namun akhirnya aku tercampak jua bersama-sama khayalan itu. Aaaaaah... syukur masing-masing hanya memandu dengan kelajuan minimum, 20 kilometer sejam. Aku agak lah sebab aku okey je... kereta tu pun takde apa-apa pun. Cuma si pemandu tu lah.... rasanya dah turun sampai ke kaki dah darahnya. Ala awek yang bawak. Aku pun turun jugak. Tapi setakat pinggan je lah ..... hahahaha.
Nasib baik student-student sedang bercuti, kalau tidak.... kecoh satu kampus aku accident...aaaaaaaaaaa tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak.... bila fikir-fikir balik, aku gelak sorang-sorang. Apa tidaknya, brek kaki motor aku dah bengko.... hahahahaha. hrmmm hujung-hujung bukan camni laaaaaaaaaaaaaaaa dia nak duitnya.... Namun Kuredhooooooooo dengan apa yangberlaku. Pasti ada hikmah di sebaliknya. So Kawan-kawan, berhati-hati di jalan raya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment