Hrmmmmmm... lama sungguh tak update blog ku ini... bukan apa... cume kemalasan tu menekan-nekan jiwa... padahal bukan payah pon... tup tap tup tap je taip... tapi tu la bila kemalasan melanda... semua tergendala...
Apa pun Happy "belated" New Years... sebagai pembuka bicara untuk bab atau chapter (kata orang "Putey") baru bagi tahun 2010. Dah 19 hari bulan Jan baru nak wish.... simpan je laaaaaaa kan...
Ai masuk tahun baru ni... macam bersemangat la pulak rasanya... harap2 semangat tu terus la bersemangat sampai hujung tahun...
Lama tak berkisah nih.... rasanya teringin la pulak mengisahkan satu cerita... sebenarnya banyak cerita... nanti la saya kait-kaitkan dengan kisah ni... hidupkan memang begitu saling berkait-kaitan...
Benda ni mungkin dah biasa bagi saya... tapi bagi bagi orang lain saya tak tahu lah. Harap jangan cepat melatah terutamanya kepada mereka-mereka yang mendalami bidang Antropologi dan Sosiologi. Harap dapatlah diaplikasikan apa yang anda belajar itu dalam kisah saya yang... yang.. yang... agak komplikated ini....
Ceritanya bermula begini... dulu masa nak balik ke kampung halaman yang telah lama aku sangat-sangat cintai nun jauh di Kelantan... dalam bas Mutiara Express dah ni... betol2 baru naik jambatan Pulau Pinang... Dok tengah seronok berSMS dengan dengan kawan, tetiba dapat panggilan dari numbor yang tidak dikenali... bile jawab... line tak berapa ok pulak... dok atas jambatan... cakap pon dengar tak dengar... ahh dah la biarkan, detik hatiku... kalau dia nak cakap dia call la lagi....
Tetiba dapat mesej pulak dari nombor yang sama... ajak nak berkenalan... Ui ada peminat! Aku sebenarnya malas nak layan kalau orang yang tidak dikenali nih... xpe layan je laaaaaa... Ropa-ropanya dia seorang mamat bukan seorang minah. Huh! Tapi apa yang dia nak?
Apa lagi nak ajak bertut..tut..tut..tut... la. Aaaaaaaaah! Takpe... Naluri ku terus diasak dengan pelbagai persoalan... mana dia dapat nombor aku? Macam mana dia kenal aku?... Cara dia bercerita macam dia dah jumpa aku.... Tapi akay tak kenal dia....
Huh! Semuanya terjawab... Ropa-ropanya student aku yang punye hal... Namun samapai sekarang aku tak tahu siapa yang punye angkara... Ada ke patut, dia rekod time aku mengajar kat depan nuh. Ada kemudahan disalah gunakan pulak... haiiii! Itu ok lagi... siap buat tayangan la pulak dekat kawan dia tu... Dah tu siap pass no. phone aku la pulak kat mamat tu... Adoiiiiiih... Kita bagi depa no. phone kot kot ada masalah... ye la sem tu budak2 ni amik paper Photojournalism ngan aku... So banyak kerja luar... Bagi no. phone agar senang nak contact... ni di bagi pulak kat orang lain yang tiada kaitan....
Nasib baik laaaaaaaa... kes ini tak berpanjangan.... lama lepas itu... mamat tu dah tak hubungi aku lagi... da bosan melayan kot... ye la sebab taka dapat tut..tut..tut...
Then nak dijadikan kaitan pulak dengan ceritan ini, student aku sem lepas dengan beraninya mengorat aku... nak jadikan aku teman istemewanya.... Chinese... kalu pompuan senang cerita... Ini lelaki... maka payah la cerita nampaknya... Aaaah! Aku dah explain elok2 kat dia... tak boleh... susah dia nak terima... Aku bukan apa... sebagai manusia aku paham... bile cinta ditolak... Aduss aketnya jiwaa....
Namun sebagai manusia yang mempunyai lebih siket ilmu darinya... aku berusaha untuk tidak membuat dia kecewa... sebab aku takut pelajaran dia akan terganggu... dan mula terjerumus kedalam perkara-perkara yang lebih tidak sihat... sebab lepas ni sah sah dia segan nak jumpa aku kalau ku buat begitu.
Aku tak suka malukan orang sebab aku juga tak suka dimalukan. Aku juga akan berusaha untuk tidak mengecewakan orang sebab aku juga sukar untuk menerima hakikat bahawa aku dikecewakan.
Aku cuba mengaplikasikan pendekatan dalam Ansos, cuba memahaminya dan cuba membantunya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik... lagi pon aku di sini dah tak lama... bulan Ogos atau September nanti aku akan resign... so sebelum aku resign harap-harap dapat la aku membantu student ku ini...
Sampai saat ini aku masih dalam proses berdiplomasi dengan dia... akan ku cuba membuatnya mengerti bahawa: tolong la berubah, apa yang dia rasa adalah palsu belaka. Dia boleh mencintai sesiapa tapi cinta diringin dengan nafsu kepada besamaan jenis adalah salah.
Akan kucuba membuatnya paham keadaan ini... Namun kalau tak berjaya jugak... terpaksa lah ku tinggalkan dia.
Aku bukan apa... aku kesian pada mereka yang sebegini. Memang tidak ada sesiapa pun yang meminta untuk berperasaan sebegitu. Pasti amat sukar hidup mereka. Namun inilah ujian tuhan.
Wahai masyarakat Malaysia yang penyayang bantulah mereka, janganlah sekadar mencaci dan menghina sahaja kerana kita tidak tahu mungkin suatu masa akan terkena pada keturunan kita.
Wahai kawan-kawan... doakan semoga saya berjaya ya!
To be continued...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment