Sebelum aku kenal dia, bohonglah kalau aku kata aku tak kenal langsung dia ni. Rasanya pernah terperasan lah kelibat dia ni dalam kelas. Namun saraf otakku belum programkan kehadirannya dalam mindaku ini. So buat-buat tak tahu je lah. Nama dia pun popular jugak dulu kot. Selalu dengar orang sebut.
Ya… baru ingat masa lepas kes Tsunami melanda Asia tu, dia mengaku dalam kelas(kelas Dr. Hamima) anak sedaranya meninggal dunia lemas kat Batu Feringgi yang masa tu memang teruk kena bantai kat Tsunami. Kan bagus kalau dia yang lemas. Apa lagi berbondong-bondong lah kawan-kawan sekelas menderma bagi duit. Lama selepas itu.
Nah! Rupa-rupanya, ada kawan-kawan yang check senarai mereka yang terlibat. Kata mereka, itu bohong belaka… Melayang la duit begitu sahaja… Nasib baik la aku tak derma banyak. Rasanya RM1/RM2 je kot… hahahaha… ambik je la… aku sedekah je tapi tak ikhlas dah la sebab dah tahu kena tipoooooooo…
Ok.. ok.. banyak la plak melalut… kembali pada cerita kita… then bila dah dalam satu kelas, kena la plak buat kerja berkumpulan. Biasalah kelas tutorial. Maka bermulalah sebuah episod baru dalam hidupku. Tapi masa ni kami tak lah rapat sangat. Lepas abes semester tu… dah tak ada apa lah.
Masa terus berlalu. Namanya semakin mekar dikalangan student Masscom. Macam-macam cerita ada. Mostly yang tak elok lah. Biasa la tu, cerita yang elok-elok ni tak seronok diwar-warkan. Cuba buka cerita yang tak elok, nah! Ambik… cerita yang sebesar kuman tu, dan-dan je bertukar sebesar bapak segala gajah. Ermmm tak kisah la… aku dulu ambik sikap dengar dan buat tak tau je… aku punya prinsip: asal jangan kacau duit aku, emosi aku dan menyusahkan aku.. sudah… lantak lah dia dengan hidup dia.
Tetapi kadang-kadang cerita tu macam tak logik pon ada, pelik benor pon ada… senang-senang, macam-macam ada lah. Iyelah masa tu tak kena batang hidung aku memang lah boleh buat tak tahu. Tapi masa tu pon dah ada dia ni buat-buat cerita pasal aku… ada orang report kat aku. Tetapi disebabkan ia masih belum menjejaskan 3 perkara dalam prinsip aku itu. Maka aku buat tak tahu je.
Masa terus berlalu. Begitu cepat ia berlalu hingga tiga tahun tu macam tiga minggu je. Nak kata 3 hari… melampau la plak kan…hahahaha.
Di tahun akhir, aku dan dia mulai rapat. Kawan-kawan lain yang rapat denganku sentiasa menasihati aku agar berwaspada dengan dia ni. Aku terima nasihat mereka dan sentiasa nerjaga-jaga.
To be continue...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

oh, x tau pun yg sir ada blog. tapi, yg paling lawak sir tulis dlm post ni adalah 'Ambik… cerita yang sebesar kuman tu, dan-dan je bertukar sebesar bapak segala gajah.' x henti aku ketawa terbahak-bahak! HAHA!
ReplyDeletemenarik jugak story abg ronzi nie...ok la kongsi & luah dlm blog...at least, xla dok simpan dlm kepala je..hehe.,ermm biasa la manusia ni macam2 perangai...susah nak jumpa yg benar2 ikhlas berkawan dgn kita...
ReplyDeleteoooh Abe Jie...kuat demo bhg crita jiwang-jiwang ni. X sangka demo pandai nulis bab-bab ni... X sengaja terbaca, nak tau juga penyudah crita lara ni...X pa, kawe tunggu bab seterusnya.
ReplyDelete