
Aduih… perit jugak la rasanya bila dah terkena… tapi nasib baik aku dah berjaga-jaga, so tak ada lah perit tu terasa sangat…. Huhu… Since dah lama aku tak menulis dalam blog aku ni, mai cheq ceghita panjang lebaq naa… Ok la ceritanya macam ni.
Aku ada lah seorang kawan ni. Wait.. wait… kawan kerrrrrr… entah lah… nak kata kawan, macam tak sesuai je. Aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh berkawan dengan dia ni. Segala-galanya bermula masa aku di USM dulu. Dia ni bukannya aku kenal sangat pooooooon orangnya, dulu-dulu la. Tapi sekarang ni memang dah kenal sangat-sangat.
Dulu, masa buat degree kat USM, batch 2004-2007, aku ni jenis low profile. Biasa la second intake punye student, orang dah dekat sebulan masuk belajar, kita baru dapat. Itu pun berkat rahmat Allah nak bagi aku masuk U. Alhamdulillaah.
Mungkin dah ditakdirkan aku berkenalan dengan dia ni… Seingat aku, kalau tak silap lah, kali pertama aku kenal dia ni masa dalam kelas YKT 112 - Komunikasi Untuk Pembangunan Sosial. Kami satu kelas tutorial. Kalau dalam dewan kuliah tu, memang aku tak perasan lah. Kelas besar, student plak ramai. Walau pun, dia ni physically besar. Namun, itu belum cukup hebat menarik perhatian mataku untuk teruja memandangnya. Kerana dari mata, hati pula akan gatai nak berkenalan. Woops! Sorry mataku tak perasan kewujudannya masa itu.
Hingga kami berada dalam kelas tutorial yang sama. Kelas kecil. Then barulah aku perasan akan kewujudannya makhluk itu, makhluk yang bakal mewarnai hidup ku ini.
To be Continue...

No comments:
Post a Comment