Hrmmm… lama sudah tidak ku update blogku ini… malas… Hari ni tergerak pulak menulis… bukan apa… Semenjak dua menjak aku bingung dengan dirinku sendiri. Aku malu, kecewa, geram dan macam-macam aku rasa… yang pasti aku rasa sangat bodoh… tersangat-sangat bodoh.
Semua perasaan ni menekan-nekan jiwaku… memikirkannya membuatkan aku sangat letih, fed up, dan tiada mood nak bekerja… bukan setakat bekerja malah nak hidup pun macam tidak bersemangat langsung. Aku tahu ini semua ujian tuhan sebab tu aku terus bertahan… dan bertahan dan akan terus bertahan. Tetapi tiap kali kutewas… tiap kali tu lah aku down, hilang semangat, dan sangat geram….
Aku ingat aku dah cukup kuat untuk hadapi dugaan dan ujian tuhan namun… aku hanya seorang manusia yang lemah… tersangat lemah.
Tetapi aku yakin pada tuhan setiap yang berlaku ada hikmahnya… sesak dadaku memikirkan… apa.. adakah lagi retetan dari kejadian ini… aku pasrah.
Seseungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya, melebihi kekuatan hambaNya itu.
Setiap ujian yang diberikan membuktikn bahawa Allah sayang pada hambanya yang diuji.
Ya Allah… tolong lah aku… Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku tidak mampu lagi bercerita, cuma mampu menanggung dan membendung sahaja kini. Kerana ku tahu, semuanya bermula dari aku dan aku lah yang perlu mengakhirinya….
